NMBLUESKY

Sunday, January 04, 2015

WHAT WILL COME IN 2015?


This is a Fashion Blog | via Tumblr

May HE give mercy upon us. AMIN. 

 Best wishes for you all


Thursday, January 02, 2014

Highlights of 2013


Assalamualaikum.

2014 here we come :) . Alhamdulillah kita masih lagi dipanjangkan usia olehNya. Kita masih diberi peluang untuk terus memperbaiki diri dan memperbaiki diri. Ambil masa dan renung segala apa yang kita buat dalam tahun 2013.

Berdoalah semoga segala amal kita diterima Allah dan segala kesalahan kita diampunkan oleh Allah mahupun manusia.

2013, jadi calon spm. inilah saat rasa macam jadi 'the real student',konon nye lah. masa ni lah baru faham dan baru rasa macam-macam perasaan.

 rasa menyesal tak sudah-sudah sebab main-main je masa form 4. baru rasa senangnya pmr jawab OMR dibandingkan dengan spm. rasa gembira teramat gembira sebab akan tamatnya alam persekolahan.

rasa sedih sebab akan berpisah dengan geng-geng yang giler-gilerr. kalau budak asrama lagi lah, 24 hours berkepit. mandi sama-sama, makan sama-sama, pergi kelas sama-sama, ponteng sama-sama, berjemaah sama-sama, belajar sama-sama, tidur sama-sama, malam nak pegi kencingg pun sama-sama.


sekolah tu indah sebenarnya. 

 biology and chemistry tak akan pernah bersatu.even, cikgu kau selalu cakap biology and chemistry ni saling berkait. tapi tak bagi aku, macam kipas dengan lampu.haha. ini lah meja belajar budak spm. sangat kemas tak disentuh. 

 and this is my locker. motivation ada kat mana-mana je, tapi sekadar baca, tak amal pun. 


 anddd ofcourse best friends is the most important. without them, for sure lah budak yang tinggal dekat asrama tu akan jadi homesick tahap gila. i love you guys so much. perfect ten +10. 
we did all the things together. friendship, tipu lah kalau kata tak pernah mengumpat each other, tak pernah berselih faham. yes, we did it. tapi tu lah lumrah. Yang paling penting saling percaya antara satu sama lain.

the competition is begin Domir si ehehehe, haha. base ehehehe. 2013, setiap hari Ahad, gila berebut NST dengan budak kelas yang gila semata-mata nak rebut wonderword. Aku kumpul sumenye. 

;)

S.A.I.S berilmu, bersahsiah dah gemilang.
S.A.I.S berorentasikan sains dan teknologi.
S.A.I.S melahirkan pemimpin bertaraf dunia.
S.A.I.S memenuhi aspirasi negaraaaaaaaa. 

i got all the things here. yeah, it was too unberable for the first time. tapi, believe Him. 
sometime he give us what we need instead of what we want.



Sunday, December 29, 2013

Tamatlahhh zaman persekolahan.


Assalamualaikum.

Akhirnya, ada jugak masa untuk post entry. Akhirnya jugak tamatlah riwayat 'sweet seventeen' ape bagai dan sewaktu dengan nya. tahniah kepada semua budak-budak yang lahir pada tahun 1996 kerana telah berjaya menamatkan zaman 'school uniform' anda. we are going to be awesome.

sebenarnya zaman 'school uniform' adalalah zaman yang paling terbaik dan tersangat-sangatlah sweet-sweet gituh. Bila dah abih sekolah macam ni lah baru kita rasa rindu nak masuk balik alam persekolahan.

Tapi perasan rindu tu mungkin untuk orang-orang yang dah kerja, hidup dibebani dengan kerja yang bertambun-tambun. Masa tu lah perasaan nak jadi muda balik ala-ala sweet sixteen,seventeen datang tak diundang. Masa ni lah kenangan yang paling pahit masa sekolah dulu-dulu, akan jadi kenangan paling manis untuk dikenang.

 quotes tumblr

untuk orang-orang yang macam aku ni, baru habis SPM lah katakan, mungkin ada rasa nak balik belajar jadi budak spm, tapi tu pun mungkin sebab menyesal sebab tak belajar sungguh-sungguh dan rasa macam tak boleh jawab yang terbaik.

tapi ape-ape pun perasaan happy terover dan tak sabar-sabar nak menjejak kaki ke dunia baru untuk kami tu lagi besar semestinya lah kan.

WE ARE GOING TO BE AWESOME BUDDIES :)