saya amat berbangga sebagai rakyat Malaysia kerana
Institusi Pentadbiran Tempatan dapat memperkukuhkan integrasi nasional di
Negara kita dengan menjaga dan
mempertahankan maruah bangsa dan Negara bagi memperkukuhkan lagi integrasi
nasional di Negara kita.
untuk mencapai hasrat dan matlamat bagi melahirkan warganegara yang bersemangat setia Negara. Institusi pentadbiran tempatan
mestilah berani dan
sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara serta lebih peka kepada masalah dan isu tentang bangsa
dan Negara agar Negara lebih maju dan berdaya saing serta perpaduan kaum dapat diwujudkan..
cara yang boleh diambil
untuk mewujudkan warganegara yang bersemangat kekitaan, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu semestinya bersefahaman dan bermuafakat,serta kerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain agar strategi yang ingin dijalankan dapat
berjalan dengan baik dan lancar tanpa masalah. di samping itu,bertolak ansur dan bertoleransi antara satu sama lain haruslah ada dalam sesebuah institusi pentadbiran tempatan seperti Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Bagi melahirkan masyarakat yang berdisiplin, semua
pihak harus memainkan peranan masing-masing terutama pihak institusi
pentadbiran tempatan agar kita dapat membentuk generasi yang berakhlak dan
berbudi pekerti mulia.Dalam kata lain, mereka perlulah amanah dan jujur dalam melakukan perkara yang diamanahkan. bertindak wajar dalam hal-hal yang dijalankan.selain itu, mereka haruslah berlaku adil dan
bertimbang rasa.
untuk melahirkan rakyat yang sentiasa berusaha
dan proaktif, banyak program yang boleh menarik
minat masyarakat boleh diadakan oleh institusi pentadbiran tempatan. Hal ini
penting sebagai usaha ke arah mewajarkan masyarakat yang rajin dan gigih,
berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain serta melahirkan
masyarakat yang bersama-sama menyokong dan melibatkan diri dalam usaha
pembangunan yang dijalankan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
ijah ni aku edit dah kalau nak copy,belanje ais-krim dekat kantin hari isnin ni)haha
tekan( ctrl+c) jer (*_^)
edit ar balek...