28 April 2011

k.kursus sejarah elemen3:essei



saya amat berbangga sebagai rakyat Malaysia kerana Institusi Pentadbiran Tempatan dapat memperkukuhkan integrasi nasional di Negara kita dengan  menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan Negara bagi memperkukuhkan lagi integrasi nasional di Negara kita.

  untuk mencapai hasrat dan matlamat bagi melahirkan warganegara yang bersemangat setia Negara. Institusi pentadbiran tempatan mestilah berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara serta lebih  peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan Negara agar Negara lebih maju dan berdaya saing serta perpaduan kaum dapat diwujudkan..

cara  yang boleh diambil untuk mewujudkan warganegara yang bersemangat kekitaan, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu semestinya bersefahaman dan bermuafakat,serta kerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain agar strategi yang ingin dijalankan dapat berjalan dengan baik dan lancar tanpa  masalah. di samping itu,bertolak ansur dan bertoleransi  antara satu sama lain haruslah ada dalam sesebuah institusi pentadbiran tempatan seperti Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

  Bagi melahirkan masyarakat yang berdisiplin, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing terutama pihak institusi pentadbiran tempatan agar kita dapat membentuk generasi yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Dalam kata lain, mereka perlulah amanah dan jujur dalam melakukan perkara yang diamanahkan. bertindak wajar dalam hal-hal yang dijalankan.selain itu, mereka haruslah berlaku adil dan bertimbang rasa.

  untuk melahirkan rakyat yang sentiasa berusaha dan proaktif, banyak program yang  boleh menarik minat masyarakat boleh diadakan oleh institusi pentadbiran tempatan. Hal ini penting sebagai usaha ke arah mewajarkan masyarakat yang rajin dan gigih, berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain serta melahirkan masyarakat yang bersama-sama menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan yang dijalankan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

ijah ni aku edit dah kalau nak copy,belanje ais-krim dekat kantin hari isnin ni)haha
tekan( ctrl+c) jer (*_^)
edit ar balek...


1 comment:

NMBLUESKY said...
This comment has been removed by the author.